Tuesday, October 12, 2010

Suku Kata Tertutup Vokal a Di Tengah

Mengikut kaedah tulisan jawi, vokal a diwakili oleh hurul   ا   (alif). Bagi mengeja suku kata tertutup vokal a di tengah, huruf  ا  (alif) ditiadakan. Contoh:

pan  = ڤن             ban = بن             san = سن 


papan = ڤاڤن        bantah = بنته       tulisan = توليسن

Friday, June 18, 2010

CARA MUDAH MENUKAR HURUF JAWI KEPADA HURUF RUMI


  1. Perhatikan huruf pertama yang digunakan untuk mengeja sebutan Huruf Jawi

    Contoh: Huruf Jawi ج = Jim



    Maka gantian huruf      ج adalah huruf  J



    Contoh: جاري = Jari

  2. Bagi huruf vokal ( a,e, i , o, u ) ialah


           a= ا         e pepet = tiada huruf gantian bagi e pepet

                               e taling = ي atau اي(bagi huruf besar)


          i = ي        o = و

         u = و


 

!!! e pepet ialah e yang di gunakan untuk mengeja perkataan seperti: mesti, emak, pergi


 

!!! e taling ialah e yang digunakan untuk mengeja: senget, beres, dewan


 

Contoh:
e pepet: mesti = مستي      huruf 'e' dibuang

e taling : beres = بيريس     e ialah huruf ي

Thursday, June 10, 2010

Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan vs Jawi Za’ba

Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan adalah kaedah ejaan jawi yang digunakan pada masa kini. Manakala kaedah ejaan Jawi Za'ba adalah kaedah yang digunakan sebelumnya. Kaedah ejaan jawi yang digunakan sekarang adalah berdasarkan ejaan suku kata tulisan Rumi. Seorang pakar tulisan jawi di Malaysia baru-baru ini telah mencadangkan agar Jawi Za'ba digunakan semula. Menurut beliau kaedah yang digunakan sekarang banyak menyebabkan kekeliruan terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Kaedah Jawi Za'ba lebih mirip kepada sebutan Bahasa Arab iaitu sumber asal tulisan jawi. Menurutnya lagi warisan tulisan jawi lama-kelamaan akan hilang jika masyarakat terus menggunakan kaedah sekarang. Generasi muda tidak lagi mampu untuk membaca buku-buku yang ditulis dengan kaedah jawi Za'ba dan kaedah sebelumnya. Apa pun yang akan berlaku?? Sama-sam kita tunggu. Yang penting adalah memartabatkan tulisan jawi yang merupakan warisan utama Nusantara.

Tuesday, April 20, 2010

KAEDAH TULISAN JAWI


Huruf-huruf yang tidak boleh bersambung dengan huruf selepasnya:
 

ا د ذ ر ز و ؤ 


Contoh:


ا + ب = اب


 د + ا =  دا


 

Contoh perkataan:


 

ب + و + ا + ه = بواه









 
Untuk menukar perkataan atau teks Rumi kepada Tulisan Jawi, sila klik pautan berikut:



http://www.ejawi.net/converterV2.php

Sunday, April 18, 2010

Rukun-rukun Solat

Rukun Solat ada 13:

1) Niat
2) Takbiratul Ihram
3) Berdiri betul bagi orang yang mampu
4) Membaca Surah al-Fatihah
5) Ruku' beserta "tukmaninah"
6) Iktidal
7) Sujud
8) Duduk antara dua sujud beserta "tukmaninah"
9) Tahiyyat Akhir
10) Duduk Tahiyyat Akhir
11) Bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad (S.A.W)
12) Salam Pertama
13) Tertib

Friday, April 16, 2010

Sunat Ab'ad dan Sunat Haiah

Sunat Ab'ad ialah perkara-perkara sunat yang dilakukan semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, disunatkan melakukan sujud sahwi sebagai ganti.
Perkara-perkara Sunat Ab'ad adalah seperti berikut:

1) Tahiyyat Awal
2) Bacaan selawat semasa tahiyyat awal
3) Duduk tahiyyat
4) Doa Qunut
5) Bacaan selawat semasa membaca doa Qunut
6) Bacaan selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad (S.A.W) semasa bacaan tahiyyat akhir:

وعَلَى آل مُحَمَّدٍ


Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, tidak perlu dilakukan sujud sahwi. Perkara-perkara Sunat Haiah ialah:

1) Mengangkat tangan ketika takbir
2)Membaca doa Iftitah
3) Membaca Surah Al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat semasa solat Maghrib, Isyak Jumaat dan solat-solat sunat yang disunatkan menguatkan bacaannya.
4) Membaca Amin selepas surah Al-fatihah
5) Membaca mana-mana surah selepas baca al-Fatihah
6) Membaca takbir ketika ruku' dan bacaan semasa iktidal.
7) Membaca tasbih semasa ruku' dan sujud
8) Duduk Iftirasy semasa duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal.
9) Duduk Tawarruk ( iaitu duduk semasa tahiyyat akhir )
10) Memberi salam yang kedua.


Saturday, April 10, 2010

Aplikasi KBAT dalam Pendidikan Islam Apa itu KBAT ? KBAT ialah akronim kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. KBAT merupakan tranformas...