Sunday, January 19, 2025

KBAT dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah

 Kaedah KBAT dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Pengenalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah pendekatan penting yang digunakan dalam sistem pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid yang berfikiran kritis, kreatif, dan inovatif. Dalam Pendidikan Islam, penerapan KBAT bukan sahaja membantu murid memahami nilai dan ajaran Islam secara mendalam, tetapi juga membentuk sahsiah yang baik melalui aktiviti yang melibatkan pemikiran analitis dan reflektif. Artikel ini akan membincangkan kaedah-kaedah KBAT yang sesuai untuk subjek Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah.

Kaedah Pelaksanaan KBAT

  1. Perbincangan Kumpulan

    • Guru memberikan topik atau persoalan terbuka kepada murid untuk dibincangkan dalam kumpulan kecil. Contohnya: "Apakah kepentingan menjaga adab dengan ibu bapa?"

    • Aktiviti ini menggalakkan murid berkongsi pendapat, mendengar pandangan rakan, dan membuat kesimpulan bersama.

  2. Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-Based Learning)

    • Guru menyediakan situasi kehidupan sebenar yang perlu diselesaikan oleh murid. Contoh situasi: "Bagaimana kamu boleh membantu rakan yang selalu meninggalkan solat?"

    • Murid menggunakan pengetahuan agama mereka untuk mencari penyelesaian yang praktikal dan Islami.

  3. Kajian Kes (Case Study)

    • Guru memperkenalkan kes-kes atau isu yang berkaitan dengan kehidupan murid. Contohnya: isu membazir makanan di kantin sekolah.

    • Murid menganalisis kes tersebut dan mencadangkan langkah-langkah penyelesaian berdasarkan nilai-nilai Islam.

  4. Penulisan Kreatif

    • Murid diminta menulis karangan, cerita pendek, atau puisi bertemakan nilai-nilai Islam seperti kejujuran, sabar, atau adil.

    • Aktiviti ini menggalakkan murid berfikir secara kreatif sambil menghayati nilai yang dipelajari.

  5. Debat atau Hujah Terbuka

    • Aktiviti debat membolehkan murid mempertahankan pendapat mereka menggunakan dalil daripada Al-Quran dan hadis. Contoh soalan debat: "Adakah amalan bersedekah lebih penting daripada menabung?"

    • Debat mengasah kebolehan murid untuk berfikir pantas, kritis, dan menyampaikan hujah secara berkesan.

Manfaat KBAT dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah

  1. Meningkatkan Pemahaman

    • KBAT membantu murid memahami ajaran Islam secara lebih mendalam dan bukan sekadar menghafal fakta.

  2. Melatih Pemikiran Kritis

    • Murid diajar untuk menganalisis situasi dan membuat keputusan berdasarkan nilai Islam.

  3. Membentuk Sahsiah

    • Aktiviti KBAT memupuk nilai-nilai murni seperti kasih sayang, tanggungjawab, dan hormat-menghormati dalam diri murid.

  4. Meningkatkan Keyakinan Diri

    • Murid menjadi lebih yakin dalam menyampaikan pendapat dan berinteraksi dengan rakan-rakan.


Kesimpulan Penggunaan kaedah KBAT dalam Pendidikan Islam di sekolah rendah bukan sahaja menjadikan pembelajaran lebih menarik, tetapi juga membantu murid mengaplikasikan ajaran Islam dalam kehidupan harian. Guru perlu memainkan peranan aktif dalam merancang aktiviti yang relevan dan memberi ruang kepada murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan pendekatan ini, subjek Pendidikan Islam dapat menjadi platform untuk melahirkan generasi yang cemerlang dari segi ilmu dan akhlak.

Wednesday, June 19, 2019

Aplikasi KBAT dalam Pendidikan Islam

Apa itu KBAT ?

KBAT ialah akronim kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. KBAT merupakan tranformasi besar-besaran dalam sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad ke-21 serta mempunyai tahap pemikiran aras tinggi. Proses KBAT adalah berdasarkan teori taksonomi Bloom dan taksonomi Anderson dan Krathwohl.

KBAT bukan hanya tertumpu kepada bentuk soalan semata-semata, bahkan mempunyai beberapa elemen dalam pedagogi.

Wednesday, May 21, 2014

Dapatkan ebook 37 Tips Tingkatkan Jualan Melalui Facebook.

Tentunya PERCUMA  untuk pengunjung blog ini. Khas untuk anda.

Jika berminat sila masukkan e-mel anda di ruangan komen. Anda akan diberikan link untuk memuat turun ebook tersebut.

Thursday, October 10, 2013

Kaedah e Taling dan e Pepet.

1) e taling ialah e yang digunakan untuk mengeja perkataan seperti:

    EKOR, TENGOK, SEPET, BERES

   KAEDAH  :  Gantian huruf jawi bagi e Taling adalah huruf ya (ي  )
                       
                         CONTOH:   BERES  = بيريس
                                             

2) E pepet ialah e yang digunakan untuk mengeja perkataan seperti:
     TELUR, KERAS, SEMUT, KERTAS

   KAEDAH :  Tiada gantian huruf jawi bagi e pepet. E pepet seolah-olah di buang atau ditiadakan dalam kaedah tulisan jawi.

                           CONTOH :  TELUR : تلور


Saturday, July 6, 2013

Hukum Forex Trading

Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Perniagaan umat Islam akan berkembang demi mencari pendapatan lebih. Halal dan Haram wajib diambil kira. Tidak boleh main bantai aje. Berikut adalah Artikel tentang Forex Trading yang di ambil dari Zaharuddin.net untuk tujuan penyebaran ilmu. Terima kasih kepada Zaharuddin.net.

Artikel
 Setelah berhempas pulas melayan sebahagian bantahan, komentar dan tidak puas hati pedagang matawang asing ( Forex Trader) sejak tahun 2008, iaitu sejak dari awal saya menyediakan kajian ringkas yang dipaparkan di web ini, boleh dirujuk artikel tersebut di link berikut :-
 
1.    Hukum melabur dan berniaga Forex
2.    Hukum Leverage Haram.
3.    Perosak Forex Trader

Saya bersyukur kerana semalam telah diadakan satu muzakarah besar yang dihadiri  oleh lebih 200 orang ilmuan Shariah, ulama, ahli ekonomi, bankers dan peguam. Tiga kertas kerja dibentangkan.

Kertas kerja pula bukanlah disediakan oleh individu tetapi dibuat secara berkumpulan. Ini bermakna kertas kerja tersebut wajar diberikan lebih kredit kerana merupakan buah fikiran dan kajian secara kolektif yang sememangnya akan lebih kukuh berbanding kajian dan pandangan dari seorang individu. Bukan sekadar itu, malah kumpulan pengkaji juga telah mencuba sendiri berdagang melalui salah satu platform forex bagi mendapatkan kejelasan maksimum sebelum menyimpulkan sebarang hukum. Selain itu, mereka juga telah bertemu dengan penyedia platform FOREX itu sendiri di samping beberapa siri temubual dengan pedagang FOREX yang berpengalaman. Justeru, saya kira, perdagang FOREX tidak boleh sama sekali mempertikaikan kefahaman para pengkaji kerana penyelidikan mereka jauh lebih dalam dari hanya sekadar 'pengalaman', tambahan pula penyelidik juga menrima informasi rasmi dari pihak Bank Negara Malaysia selaku 'regulator'.

KUMPULAN PERTAMA

Hasil daripada kajian kumpulan pengkaji pertama yang dianggotai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Bin Som, Dr. Marjan Muhammad, Ust Luqmanul Hakim Hussain, En. Wan Norhaziki Wan Abdul Halim. Kesimpulan mereka mencatatkan seperti berikut :-

“1.  Spot forex yang dijalankan oleh individu melalui platform internet agak berbeza daripada konsep spot forex yang dijalankan di peringkat inter-bank. Dari satu sudut, ia dibuat berdasarkan spot forex dari segi harga lani (value spot), tetapi dari segi penyelesaian ia tidak berlaku berdasarkan T+2. Malah penyelesaian tidak akan berlaku selagi pedagang tidak menutup posisi yang dibukanya.

Namun, dari sudut yang lain, spot forex dilihat lebih mirip kepada forward forex, kerana apabila pedagang membeli sesuatu matawang daripada broker, beliau tidak akan dapat memiliki matawang yang dibelinya. Sebaliknya, pedagang akan menikmatinya setelah beliau menjualnya semula kepada broker pada waktu hadapan. Apa yang membezakan spot forex oleh individu dengan forward forex ialah kadar tukaran matawang masa hadapan adalah tetap iaitu kadar yang dipersetujui pada tarikh transaksi, manakala kadar tukaran matawang dalam spot forex tidak tetap, tetapi berdasarkan turun naik harga pasaran matawang yang didagangkan.

2. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sebarang urusniaga matawang asing yang dibuat melalui saluran-saluran yang tidak sah. Malah, terdapat peruntukan perundangan yang jelas berhubung larangan tersebut, iaitu melalui Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1),(2) dan (3) Akta Kawalan Pertukaran
Wang (AKPW) 1953. Mana-mana individu dilarang sama sekali berurus niaga matawang asing, kecuali setelah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Asing, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.

3. Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard = leverage, riba al-nasi’ah = rollover interest, qabd, menjual matawang yang tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi spot forex secara online oleh individu adalah tidak mengikut landasan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli matawang (bay‘ alSarf).”

KUMPULAN KEDUA
 Manakala satu kumpulan lagi datangnya dari Universiti Utara Malaysia yang dianggotai oleh Prof. Madya Dr Asmadi Mohd Naim, Dr. Hasniza Mohd Taib, Dr. Muhammad Nasri Hussain. Kertas mereka menyimpulkan seperti berikut :-

“Berdasarkan perbincangan di atas, perdagangan forex online adalah tidak dibenarkan oleh Syarak kerana adanya perkara-perkara yang menyalahi Syarak iaitu.

i. Pembelian wang tunai dilakukan secara kredit adalah terang-terangan bertentangan dengan kontrak Sarf dan mengandungi unsur riba.

ii. Sekiranya pembelian kredit itu ditakyifkan sebagai pemberian pinjaman oleh broker, perkara tersebut masih termasuk dalam aktiviti yang dilarangkan oleh Syarak kerana mengandungi unsur mendapat manfaat dari pinjaman, dan larangan mengumpulkan ‘pinjaman’ dan jual-beli’.

iii. Menjual matawang secara menangguhkan penyerahan adalah dilarang oleh Syarak. Syarat qabd dalam majlis tidak wujud di dalam transaksi ini. Keharusan melewatkan penyerahan (qabd) tidak boleh diaplikasi dalam urusniaga ini kerana tidak termasuk di dalam konsep ‘darurat’ bagi transaksi ‘bonafide’.

iv. Urusniaga broker secara online ini mengandungi unsur bay’ al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga.

v. Urusniaga ini juga mengandungi ihtikar yang dilarang oleh Syarak.

vi. Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka.”

Tuesday, June 11, 2013

Aplikasi Pembelajaran Jawi Untuk Android

 

APLIKASI PEMBELAJARAN JAWI

Kini penggunaan tulisan jawi dalam penulisan bahan bercetak dan dalam media-media lain termasuk media elektronik semakin berkurangan. Penggunaan tulisan rumi kini semakin meluas dan menjadi tulisan utama di Malaysia. Hal ini akan membawa kepada terkuburnya seni penulisan jawi yang telah bertapak lama di alam melayu. Kurangnya sumber bertulis menggunakan tulisan jawi menjadikan golongan muda tidak lagi kenal akan seni warisan ini. Oleh itu sebuah aplikasi pembelajaran jawi harus dibangunkan. Melihat kepada kecenderungan kanak-kanak kini lebih kepada teknologi moden, sebuah aplikasi pembelajaran jawi secara mobile yang boleh di pasang pada telefon pintar.akan dibangunkan. Jom Jawi adalah aplikasi untuk pembelajaran jawi bagi kanak-kanak khususnya. Aplikasi membolehkan pengguna mempelajari:
• huruf-huruf jawi berserta cara menyebut
• cara menulis huruf dengan interaksi menggunakan skrin sentuh
• belajar membaca perkataan dalam tulisan jawi
• mengeja perkataan dalam tulisan jawi


Boleh didapati di Google Play Store melalui peranti Android anda samada Tablet PC atau Smart Phones. Jika tiada peranti Android. Silalah beli.....he..he. Murah sudah sekarang.
Hot Tablet PCahappydeal.com China professional Notebook, UMPC & MID wholesaler, provide various highquality and low price Notebook, UMPC & MID products.

KBAT dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah

  Kaedah KBAT dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah Pengenalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah pendekatan penting yang digunak...