Tuesday, May 22, 2012

Kaedah Huruf Kaf dan Ga


Setiap perkataan yang mempunyai huruf kaf [ک] atau ga [ ] yang berbunyi terbuka [a] di akhir biasanya termasuk di dalam hukum ini. Perkataan tersebut dieja dengan tanpa huruf vokal alif pada huruf kaf atau ga dalam kata tersebut.
 Contohnya:
Rumi
Jawi
baka
باک
angka
اڠک
sangka
سڠک
cempaka
چمڤاک
ketika
كتيک
mereka
مريک
Namun sekiranya perkataan tersebut mempunyai pola [a] terbuka pada kedua-dua suku katanya atau kedua-dua suku kata terakhirnya, dikatakan juga bahawa pengguguran vokal alifnya adalah kerana perkataan tersebut tidak terlibat dengan hukum Derlung. Maksudnya kata tersebut terlibat dengan kedua-dua hukum itu.
 Contohnya:
Rumi
Jawi
baka
باک
jenaka
جناک
Ada juga beberapa perkataan yang terkecuali daripada hukum ini. Kata dua suku kata yang suku kata pertamanya berbunyi [e] pepet dan juga kata serapan daripada bahasa asing dieja dengan huruf vokal alif diakhirnya.
Contohnya:
Rumi
Jawi
seka
سکا
etika
ايتيكا
tropika
تروڤيكا

Oleh: Tuan Haji Wan Mohd. Saophy Amizul b. Wan Mansor, DBP

KBAT dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah

  Kaedah KBAT dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah Pengenalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah pendekatan penting yang digunak...