Monday, October 17, 2011

Wednesday, October 12, 2011

Huruf Mahram dan Huruf Ajnabiy

Ustaz Abdul Manan b Ali, pengasas Kaedah Doktor Jawi telah membahagikan huruf-huruf jawi kepada dua jenis iaitu Huruf Mahram dan Huruf Ajnabiy.

1) Huruf-huruf Mahram : Huruf yang tidak boleh bersambung dengan huruf-huruf yang datang selepasnya.

    Huruf-huruf Mahram:   ا د ذ ر ز و ۏ

2)  Huruf - huruf Ajnabiy; Huruf-huruf Ajnabiy ialah huruf-huruf selain daripada Huruf Mahram.





Tuesday, June 21, 2011

Diftong : Perbezaan Sistem Ejaan Jawi Za’ba dan Jawi Yang Disempurnakan (Ejaan Jawi Baharu)



 

Menurut Kamus Dewan diftong bermakna "gabungan dua bunyi vokal
yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti
ai, au dan oi." Istilah diftong ini diperkenalkan kepada masyarakat melalui
Buku Tatabahasa Dewan. Dalan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu,
istilah ini membawa maksud yang sama. Dioftong boleh terletak pada awal kata,tengah kata dan akhir kata.Dalam sistem ejaan rumi atau sistem ejaan jawi yang disusun oleh Pendeta Za'ba juga terdapat diftong. Walau pun begitu, dalam sistem ejaan jawi yang disusun oleh beliau, kata yang mengandungi diftong tidak dibezakan ejaannya.Bunyi diftong "ai" (اي ) dan "au" (او ) pada posisi akhir adalah seperti berikut:

 

Ejaan Rumi
Sebutan
Ejaan Jawi Za'ba
Ejaan Jawi Baharu
Topi
to. pi
توڤي
توڤي
Tupai
tu.pai
توڤي
توڤاي
*Risu
ri.su
ريسو
ريسو
Risau
ri.sau
ريسو
ريساو
*Sungi
su.ngi
سوڠي
سوڠي
Sungai
su.ngai
سوڠي
سوڠاي
Guli
gu.li
ݢولي
ݢولي
Gulai
gu.lai
ݢولي
ݢولاي
Peti
pe.ti
ڤتي
ڤتي
Petai
pe.tai
ڤتي
ڤتاي
*Tersenarai dalam Daftar Ejaan Melayu Za'ba
 





 


 

Sunday, May 15, 2011

Sambungan Huruf-huruf Jawi

Huruf Di Hujung

Huruf Di Tengah

Huruf Di Awal

Huruf

‌چوبا

باجو

اب

ا

واجب

ايبو

بيجي

ب ت ث ن ڽ

راج

بيجي

جالن

ج ح خ چ

اسيد

بنديرا

ديري

د ذ

اوسير

بيرو

روسق

ر ز

مانيس

بيسيڠ

سودو

س ش

خاص

معصوم

صبر

ص ض

خط

خطيب

ظهر

ط ظ

ڤولڠ

مڠيسي

عاليم

ع غ ڠ

سيريڤ

نيڤيس

ڤوليس

ف ق ڤ

ايليکتريک

ميسکين

کامو

ک ݢ

بيل

ليلين

لاݢو / لوکيس

ل

کيريم

هيمڤون

ماکن

م

بوکو

توݢو

واکيل

و ۏ

بلي

کيريم

يورن

ي

KBAT dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah

  Kaedah KBAT dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah Pengenalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah pendekatan penting yang digunak...