Tips Baik Punyer

Cara untuk mengembalikan warna pakaian gelap yang telah pudar.

1) Ambil bancuhan air kopi (tanpa gula) dan masukkan ke dalam mesin basuh bersama pakaian gelap anda yang telah pudar semasa (rinse) atau bilasan.

     * 500 ml air kopi untuk pakaian hitam.
     * Bagi pakaian bewarna "navy blue" atau "plum", tambahkan 1 cawan garam halus semasa bilasan.
     
2) AWAS! jangan campur sekali dengan pakaian yang bewarna terang. Nanti habis jadi gelap.

3) Jangan lupa ON kan mesin basuh dan lihatlah hasilnya.


Tips untuk segarkan buah eapl, ubi kentang dan buah lai .

Pada kebiasaannya, buah epal, ubi kentang dan buah lai akan berubah warna menjadi coklat apabila kita membelah atau memotongnya. Berikut adalah tips untuk mengekalkan kesegarannya:

  1) Sediakan semangkuk air sejuk dan tambahkan sedikit garam.
  2) Rendamkan buah yang telah dipotong ke dalam mangkuk tersebut.
  3) Insya Allah mudah-mudahan buah-buahan anda kekal segar.


Halau semut

Semut memang suka gula. Manusia pun suka gula. Sebab tu ramai yang kena kencing manis. Tip ini bukan nak menghalau manusia daripada mendekati gula. Tetapi mahu menghalau semut.

 1) Campurkan air dengan cuka putih (white vinegar) sama banyak atau 50:50.
 2) Masukkan campuran itu ke dalam botol spray.
 3) Semburkan ke tempat hotspot semut yang anda fikir banyak semut kat situ.
 4) Last sekali, lihatlah hasilnya.





No comments:

Post a Comment

Aplikasi KBAT dalam Pendidikan Islam Apa itu KBAT ? KBAT ialah akronim kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. KBAT merupakan tranformas...