Tuesday, May 22, 2012

Kaedah Huruf Kaf dan Ga


Setiap perkataan yang mempunyai huruf kaf [ک] atau ga [ ] yang berbunyi terbuka [a] di akhir biasanya termasuk di dalam hukum ini. Perkataan tersebut dieja dengan tanpa huruf vokal alif pada huruf kaf atau ga dalam kata tersebut.
 Contohnya:
Rumi
Jawi
baka
باک
angka
اڠک
sangka
سڠک
cempaka
چمڤاک
ketika
كتيک
mereka
مريک
Namun sekiranya perkataan tersebut mempunyai pola [a] terbuka pada kedua-dua suku katanya atau kedua-dua suku kata terakhirnya, dikatakan juga bahawa pengguguran vokal alifnya adalah kerana perkataan tersebut tidak terlibat dengan hukum Derlung. Maksudnya kata tersebut terlibat dengan kedua-dua hukum itu.
 Contohnya:
Rumi
Jawi
baka
باک
jenaka
جناک
Ada juga beberapa perkataan yang terkecuali daripada hukum ini. Kata dua suku kata yang suku kata pertamanya berbunyi [e] pepet dan juga kata serapan daripada bahasa asing dieja dengan huruf vokal alif diakhirnya.
Contohnya:
Rumi
Jawi
seka
سکا
etika
ايتيكا
tropika
تروڤيكا

Oleh: Tuan Haji Wan Mohd. Saophy Amizul b. Wan Mansor, DBP

Sunday, March 4, 2012

PERKATAAN EKAKATA

Perkataan ekakata bermaksud perkataan yang mempunyai satu suku kata sahaja. Biasanya perkataan ini dieja dengan bunyi tertutup. Dalam perbincangan kali ini kita akan memfokuskan ekakata yang berbunyi [a] tertutup sahaja. Ekakata jati bahasa Melayu dan serapan Inggeris dieja dengan tanpa huruf vokal alif.


Contoh:



Rumi
Jawi
bas
بس 
cam
چم
gas
ڬس 
jam
جم
ras
رس
tar
تر
van
ۏن



Namun sekiranya perkataan ekakata ini bermula dengan huruf waw [و] hendaklah dieja dengan menambahkan alif selepasnya.
 Contohnya:

Rumi
Jawi
wad
واد 
wang
واڠ 
wah
واه 
wat
وات
wau
واو




Oleh: Tuan Haji Wan Mohd. Saophy Amizul b. Wan Mansor
           Dewan Bahasa dan Pustaka

Friday, January 6, 2012

E-Jawi for Kids

E-Jawi for kids adalah satu kaedah belajar Tulisan Jawi secara interaktif berorientasikan laman web. Ia sesuai untuk kanak-kanak. Taipkan ayat menggunakan Tulisan Rumi dan sistem akan menukarkannya kepada Tulisan Jawi. Kaedah sambungan tulisan juga ditunjukkan. Untuk mencubanya, sila klik pautan berikut:                    e-Jawi for Kids

Aplikasi KBAT dalam Pendidikan Islam Apa itu KBAT ? KBAT ialah akronim kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. KBAT merupakan tranformas...