Sunday, March 4, 2012

PERKATAAN EKAKATA

Perkataan ekakata bermaksud perkataan yang mempunyai satu suku kata sahaja. Biasanya perkataan ini dieja dengan bunyi tertutup. Dalam perbincangan kali ini kita akan memfokuskan ekakata yang berbunyi [a] tertutup sahaja. Ekakata jati bahasa Melayu dan serapan Inggeris dieja dengan tanpa huruf vokal alif.


Contoh:



Rumi
Jawi
bas
بس 
cam
چم
gas
ڬس 
jam
جم
ras
رس
tar
تر
van
ۏن



Namun sekiranya perkataan ekakata ini bermula dengan huruf waw [و] hendaklah dieja dengan menambahkan alif selepasnya.
 Contohnya:

Rumi
Jawi
wad
واد 
wang
واڠ 
wah
واه 
wat
وات
wau
واو




Oleh: Tuan Haji Wan Mohd. Saophy Amizul b. Wan Mansor
           Dewan Bahasa dan Pustaka

No comments:

Post a Comment

Aplikasi KBAT dalam Pendidikan Islam Apa itu KBAT ? KBAT ialah akronim kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. KBAT merupakan tranformas...