Tuesday, June 21, 2011

Diftong : Perbezaan Sistem Ejaan Jawi Za’ba dan Jawi Yang Disempurnakan (Ejaan Jawi Baharu)



 

Menurut Kamus Dewan diftong bermakna "gabungan dua bunyi vokal
yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti
ai, au dan oi." Istilah diftong ini diperkenalkan kepada masyarakat melalui
Buku Tatabahasa Dewan. Dalan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu,
istilah ini membawa maksud yang sama. Dioftong boleh terletak pada awal kata,tengah kata dan akhir kata.Dalam sistem ejaan rumi atau sistem ejaan jawi yang disusun oleh Pendeta Za'ba juga terdapat diftong. Walau pun begitu, dalam sistem ejaan jawi yang disusun oleh beliau, kata yang mengandungi diftong tidak dibezakan ejaannya.Bunyi diftong "ai" (اي ) dan "au" (او ) pada posisi akhir adalah seperti berikut:

 

Ejaan Rumi
Sebutan
Ejaan Jawi Za'ba
Ejaan Jawi Baharu
Topi
to. pi
توڤي
توڤي
Tupai
tu.pai
توڤي
توڤاي
*Risu
ri.su
ريسو
ريسو
Risau
ri.sau
ريسو
ريساو
*Sungi
su.ngi
سوڠي
سوڠي
Sungai
su.ngai
سوڠي
سوڠاي
Guli
gu.li
ݢولي
ݢولي
Gulai
gu.lai
ݢولي
ݢولاي
Peti
pe.ti
ڤتي
ڤتي
Petai
pe.tai
ڤتي
ڤتاي
*Tersenarai dalam Daftar Ejaan Melayu Za'ba
 





 


 

No comments:

Post a Comment

Belajar Jawi Kaedah AVU ZAR ZAD